Thursday, November 15, 2007

Hari Pendidikan Dan Program RIMUP

Hari Pendidikan SK Batu Kapor,Mentakab Dan Jamuan Muhibbah/Kebudayaan RIMUP Kelompok A Mentakab Tahun 2007...Rasanya inilah pertama kali program yang seumpama ini dijalankan di SK Batu Kapor dan juga di beberapa buah sekolah yang lain. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ini telah digabungkan pada hari dan waktu yang sama dengan Hari Pendidikan SK Batu Kapor.Tahniah buat SJK(C) Mentakab 2 dan SJK(T) Ladang Mentakab kerana berjaya berkumpul di SK Batu Kapor selaku tuan rumah bagi menjayakan program ini.Tahniah lagi sekali buat semua jawatankuasa pengelola kecil atau besar kerana berjaya melaksanakan program yang dirancang dengan baik...



Matlamat Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.


RIMUP menggariskan empat objektif utama, iaitu:

1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.


2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong memnolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.


3. melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.


4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.


Majlis yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SK Batu Kapor ini begitu mendapat sambutan daripada ibu bapa pelajar berdasarkan kehadiran yang amat memuaskan disamping sokongan dan kerjasama yang diberi.

1 comment:

  1. Laman web cikgu - cikgu rupanya.... selamat menjalani percutian semester cikgu....

    frm
    www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

    ReplyDelete