Bila Diari Kutulis
Sunday, January 15, 2012
Costa Concordia Karam
Tragedi tenggelamnya Titanic hampir berulang dengan karamnya Kapal Persiaran Mewah Costa Concordia seberat 114,000 tan di persisiran Tuscany. Jumlah kematian yang tepat masih belum dapat dipastikan namun penumpang-penumpang yang masih hidup tentunya sangat-sangat bersyukur kerana beribu-ribu daripada jumlah penumpang sebenar berjaya dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran, kata pengawal pantai Itali. Kapal Costa memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite yang lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, 5 jakuzi, lima restoran dan 4 kolam renang.![]() |
Visual Costa Concordia Sebelum Dan selepas Karam |
Friday, January 13, 2012
Memories to hold, InsyaAllah: Jika seorang isteri menangis di hadapan suami...
memories to hold, InsyaAllah: Jika seorang isteri menangis di hadapan suami...: nota tentang seorang isteri ... * Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi... * Jika kau me...
Saturday, January 7, 2012
Kasih Tak Kesampaian
Dari bicaramu kurasa
Penuh nada dan irama
Penuh nada dan irama
Lalu cahaya berubah
Kebiruan tersusun secantik
Haluan
Madah dan puisi digubah
Hanya buatmu yang terindah
Lalu sanggup kuhamparkan
Satu cinta Satu jiwa
Sedangkan ianya berbeza...Lantas hilang erti sebuah keinginan
Saat aku bukan pilihan
Satu cintamu satu sandiwara
Cuma dusta...
Puas ditangisi bila hati dilukai
Puas kau hancurkan segala impian kasih
Kini bagai kelemasan karam ditengah lautan
Sementara ku dimimpi oleh berjuta penyesalan...
Puasku mencari hakikat cinta yang suci
Puas ku menanti cerita gembira tapi kini
Segala bagiku hanyalah
KASIH TAK KESAMPAIAN...
Labels:
Kasih Tak Kesampaian -Alleycats-
Wednesday, January 4, 2012
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Thursday, December 8, 2011
Don't Let Me Be Misunderstood
Siapakah Ummatan Wasatan?
Dalam surah Al-Baqarah, ayat : 143 ada menyatakan bahawa orang Islam adalah Ummatan Wasatan. Ummatan Wasatan merupakan umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta berimbal dalam seluruh aspek kehidupan. Berdasarkan kepada konsep ini, kita diseru agar mengimbangi antara tuntutan rohani dan jasmani serta hambatan dunia dan akhirat, kerana keseimbangan dan kesederhanaan ini amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup, lantas menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Umat Islam yang positif kepada kesederhanaan juga adalah umat yang cintakan keamanan. Dengan erti kata lain, umat yang sederhana ialah umat yang bencikan kekacauan dan kerosakan. Melalui kesederhanaan juga, fitrah manusia dapat dipenuhi dan dibentuk dengan baik. Ini berdasarkan teladan sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa isteri Baginda bertanyakan amalannya. Salah seorang daripada mereka memberitahu, beliau asyik berpuasa dan tidak berbuka. Seorang lagi menyatakan beliau asyik mengerjakan solat sunat pada waktu malam tanpa tidur. Bagaimanapun, apabila sampai cerita mereka itu kepada Rasulullah SAW, Baginda menegaskan bahawa Bagindalah orang yang paling bertakwa dalam kalangan mereka namun Baginda berkahwin dan mengerjakan solat sunat waktu malam. Baginda tetap merehatkan badan dengan tidur, berpuasa pada waktu siang tetapi berbuka apabila sampai waktunya. Tegas Baginda Rasulullah SAW, kesederhanaan penting bagi mengimbangi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah demi kebaikan di dunia dan akhirat.
Wednesday, November 30, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































